Selasa, 26 Februari 2008

Unit 5: Dari Mana Asalnya?

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:
1. Menjawab soalan-soalan berdasarkan teks perbualan ‘Membuat Burger’
2. Menyampaikan maklumat tentang asal sesuatu barang dengan menggunakan pelbagai ayat.

Bahan online: ADT - ‘Membuat Burger’


Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
1. Menunjukkan murid-murid Burger Ramly dan lain-lain jenis burger yang dijual di restoran makanan segera. (maujud/gambar)
2. Guru akan menanyakan kepada murid-murid tentang burger kegemaran mereka.
3. Beberapa orang murid akan dipilih untuk berkongsi.


Langkah: Aktiviti Utama
1. Murid-murid akan melungsuri lelaman MDT dan mendengar teks perbualan ‘Membuat Burger’.
2. Guru akan menghentikan audio untuk menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan teks.
3. Murid-murid boleh berbincang bersama rakan sebelum menjawab soalan.


Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Secara berkumpulan, murid-murid menyiapkan poster ‘Resipi Burger yang Berkhasiat’ dan membina tiga ayat untuk mempromosikan burger rekaan mereka.
2. Guru akan menyemak ayat-ayat yang dibina bersama murid-murid.
3. Poster-poster yang dihasilkan akan dipamerkan ala-ala ‘Gallery Walk’ dan murid-murid akan mengundi poster yang terbaik (Rubrik kriteria-kriteria akan disediakan oleh guru).


Langkah: Penutup
1. Setiap kumpulan akan tampil ke hadapan kelas untuk membentangkan poster yang telah mereka hasilkan.
2. Guru memberikan maklum balas dan murid-murid yang lain memberikan pendapat tentang persembahan rakan-rakan mereka.
3. Kumpulan yang terbaik akan diberikan ganjaran.


Oleh: Cikgu Shamira Jamaludin (Sekolah Rendah Fuhua) & Cikgu Norlin Mansor (Sekolah Rendah Woodgrove)

Tiada ulasan: