Isnin, 28 April 2008

Unit 6

oleh Cikgu Siti Marni dan Cikgu Hafidah

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran, murid dapat:
  1. mendengar maklumat tentang permainan gasing dan beyblade dan menyatakan perbezaan dan persamaan kedua-dua permainan tersebut – 1.1.2 (T2)
  2. mengemukakan idea dan pandangan tentang sesuatu perkara dengan memberikan contoh – 2.4.1 (T2)

Bahan online: Menonton Video ’Ligat Berputar’

Pra-aktiviti/Induksi
Guru membawa dan memperkenalkan kedua-dua bahan permainan kepada murid-murid.
Guru memilih beberapa orang murid memainkan kedua-dua permainan tersebut.

Aktiviti Utama
- Murid-murid membincangkan perbezaan dan persamaan kedua-dua permainan tersebut secara berkumpulan. (round robin)
- Murid-murid menonton video ’Ligat Berputar’.
- Murid-murid membuat latihan di Buku Aktiviti m/s 72.

Aktiviti Lanjutan
- Murid-murid akan berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
- Setiap kumpulan akan diberikan satu permainan sama ada gasing atau beyblade.
- Guru akan membahagikan tugasan-tugasan bahasa kepada setiap kumpulan.
Cth: Kumpulan 1 & 3 – latihan kata kerja / Kumpulan 2 & 4 – latihan kata adjektif
- Kumpulan-kumpulan tersebut akan memainkan permainan tersebut sambil mengenal pasti kata kerja atau kata adjektif yang berkaitan dengan permainan itu.

Penutup
- Setiap kumpulan berkongsi dapatan mereka.
- Murid-murid akan membuat latihan bahasa di lembaran kerja.

Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 3

Oleh Cikgu Ardriza & Cikgu Juliana

Peringkat: Darjah 3

Unit: 3

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:

Menjelaskan kebaikan sikap saling membantu sesame anggota keluarga dengan menggunakan bahasa yang betul.

Menulis dialog mudah berdasarkan konteks mengenai sikap bekerjasama dalam keluarga berdasarkan rangsangan

Bahan: Menonton video “Marilah Bantu Sama”


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru menayangkan gambar 10 objek.

2. Setiap murid disuruh mengingati seberapa banyak objek yang terpancar.(secara individu)

3. Murid menulis semula objek yang diingat di kertas.

4. Murid menjumlahkan objek yang dapat mereka ingati.

5. Secara berkumpulan, guru akan pancarkan semula gambar tersebut.

6. Kali ini, murid harus menulis semula objek yang mereka ingat secara berkumpulan

7. Kumpulan akan menjumlahkan objek yang mereka ingati.

8. Guru akan bertanya akitiviti manakah yang lebih mudah bagi mereka, secara individu atau kumpulan?

9. Guru menerangkan tentang nilai bekerjasama

Bahan: Gambar boleh didapati dr buku CME darjah 2 (panduan guru)


Aktiviti Utama

1. Murid menonton video “marilah bantu sama”

2. Perbincangan tentang kebaikan dan keburukan yang terdapat di dalam video itu.


3. Perbincangan tentang kemungkinan jika reaksi Hafiz dan Hazman berbeza daripada apa yang telah ditontoni.

4. Mencungkil nilai murni yang terdapat dari video


Aktiviti Lanjutan

1. Murid membina ayat menggunakan perkataan-perkataan di dlm BT di dalam bentuk dialog.

2. Murid main peran menggunakan dialog yang telah dicipta.


Bahan: BT ms 35

Catatan: Aktiviti kumpulan


Penutup

1. Sebagai pengukuhan, murid menulis jurnal tentang satu situasi di mana mereka menunjukkan nilai bekerjasama sesama anggota keluarga

Unit: 4

Oleh Cikgu Laila & Cikgu Syahida

Peringkat: Darjah 3

Unit: 4

Pelajaran: 2

Objektif Pelajaran:

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. menceritakan tarikh bersejarah yang berlaku di Singapura

2. mendengar ayat pada kad yang dibaca dan memadankan kata seerti/seiras

3. mengenal pasti perkataan seerti/seiras dalam ayat


Bahan: Permainan Interaktif ‘Peta Harta Karun’


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru menunjukkan tempat guru dilahirkan (cth: rumah kampung).

2. Murid menceritakan tarikh dan tempat kelahiran mereka.

3. Bahan: Gambar rumah kampung/hospital.


Aktiviti Utama

1. Guru bertanya murid-murid mengenai 9hb Ogos.

· Tahap 1: Sekolah adakan apa pada 8hb Ogos?

· Tahap 2: Mengapa aktiviti itu diadakan di sekolah?

· Tahap 3: Apakah yang berlaku pada 9hb Ogos


Catatan:

Tahap 1 & 2: Murid menceritakan:

· mereka bersukan

· mereka bersekolah selama dua jam

· esoknya cuti sekolah


Tahap 3: Murid menceritakan tentang perayaan Hari Kebangsaan.


Aktiviti Lanjutan

1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

2. Guru memberi kumpulan pertama kad-kad yang mengandungi ayat lengkap.

3. Kumpulan kedua diberi kad-kad mengandungi kata seerti/seirasnya.

Catatan:

Murid dari kumpulan satu membaca ayat-ayat dalam kad sementara kumpulan dua memikirkan perkatataan seertinya dan memadankan kad yang dalam tangan.

Bahan: Kad imbasan mengandungi kata seerti/seiras dan ayat-ayat lengkap.


Penutup

1. Permainan Interaktif ‘Peta Harta Karun’

2. Murid melakukan aktiviti ini secara individu di makmal komputer.

Unit: 3

Oleh Cikgu Shakina & Cikgu Sarifah

Peringkat: Darjah 3

Unit: 3

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

1. menjelaskan kebaikan sikap saling bantu-membantu sesama anggota keluarga dengan menggunakan bahasa yang betul.

2. menulis dialog mudah berdasarkan konteks mengenai sikap bekerjasama dalam keluarga berdasarkan ransangan.

Bahan online: VDT – ‘Marilah Bantu Sama’


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru bertanya murid-murid sama ada mereka membantu ibu bapa mereka di rumah. (menggunakan kaedah think-pair-share)

2. Murid diminta berkongsi maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul.

3. Menggunakan kaedah ‘Cooperative Learning’


Aktiviti Utama

1. Guru memberitahu murid yang mereka akan menonton video bertajuk ‘Marilah Bantu Sama’.

2. Setelah menonton video, guru memberi senarai semak mengenai ‘Perkara-perkara yang saya lakukan di rumah’ (10 perkara-senarai disediakan mengikut kebijaksanaan guru).


Contoh :
menyapu
mencuci pinggan
menyiram pokok
mengemas bilik tidur

3. Murid disuruh tandakan (ΓΌ) di ruang yang disediakan.

4. Guru bertanya tentang perasaan murid setelah bekerjasama dalam keluarga.

Bahan:

1. VDT – ‘Marilah Bantu Sama’.

2. Senarai semak

3. Kemahiran Mendengar

4. Penerapan nilai-nilai kekeluargaan (mengikut kebijaksanaan guru & kemampuan murid). Contoh :
bantu-membantu
bekerjasama


Aktiviti Lanjutan

1. Guru akan menerangkan tentang Kata Kerja menerusi permainan ‘charade’.

2. Guru akan memilih beberapa orang murid untuk melakonkan aksi yang terdapat di kad imbasan. Murid-murid lain akan meneka jawapan berdasarkan aksi yg dilakonkan. Contoh :
menyapu
mencuci pinggan
menyiram pokok
mengemas bilik tidur

3. Murid akan membuat latihan Kata Kerja :

· Tahap 1 :
Murid mengisi tempat kosong. (kata bantu disediakan).

· Tahap 2 :
Murid menyelesaikan latihan dengan menyusun semula huruf bagi Kata Kerja.

· Tahap 3 :
Murid menyelesaikan latihan dengan mengisi ruang kosong dengan Kata Kerja yang sesuai.

Catatan:

1. Kemahiran Bertutur

2. Permainan ‘Charade ‘

3. Aspek Bahasa ‘Kata Kerja’


Penutup

· Guru memancarkan gambar lisan (situasi rumah).

· Murid menerangkan/berkongsi idea mengapa mereka memilih situasi tersebut.

· Murid menulis dialog mudah berdasarkan konteks mengenai sikap bekerjasama dalam keluarga berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

Catatan: Rujuk kepada gambar contoh:


Unit: 2

Oleh Cikgu Sarimah & Cikgu Diana

Peringkat: Darjah 3

Unit: 2

Pelajaran: 3

Objektif Pelajaran:

Murid dapat mendengar maklumat mengenai sistem penghadaman dan menyatakan isi-isi penting dan sampingan. - 1.1.2 ( T2 )

Murid dapat mengkategorikan maklumat utama yang terdapat dalam teks dengan panduan. - 3.2.2 ( T2 )

Bahan: BIDT - Bacaan Interaktif ‘Apakah yang berlaku pada makanan kita?’


Pra-aktiviti/Induksi

1. Beberapa orang murid dipanggil untuk melakonkan beberapa gaya dari kad-kad ( Kata Kerja ) yang telah guru sediakan ( Charade ). Contoh:-

memungut
menulis
memimpin
melukis
menolong

Bahan: Gambar-gambar di dalam BDDT


Aktiviti Utama

1. Guru menunjukkan video interaktif dari MDT.

2. Guru menyuruh murid membaca dan mengecam Kata Kerja yang terdapat di dalam bahan MDT tersebut.

3. Murid mencatatkan Kata Kerja yang telah dikenal pasti secara berkumpulan.

4. Guru menyemak jawapan bersama-sama murid.

5. Guru kemudiannya menyuruh setiap kumpulan menyanyikan pantun di halaman 4, 5 & 6 mengikut daya kreativiti murid. Setiap kumpulan menyanyikan serangkap pantun sahaja.

Bahan: BIDT – 'Apakah yang berlaku kepada makanan kita?’

Catatan:

Kata Kerja:
mengunyah
menghancurkan
ditelan
bergerak
diambil
dijual
dibahagikan
dimakan


Aktiviti Lanjutan

1. Secara berkumpulan murid-murid disuruh membina 2 potong ayat ringkas ( 4 atau 5 patah perkataan ) dengan menggunakan Kata Kerja yang telah dipelajari tadi.

2. Wakil setiap kumpulan melakonkan ayat yang dibina di hadapan kelas dan murid lain harus meneka apa yang sedang dilakonkan itu.

3. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan menang.


Penutup

1. Murid menjawab latihan mengisi tempat kosong dengan Kata Kerja yang telah disediakan guru sebagai latihan pengukuhan.

Unit: 6

Oleh Cikgu Herniza & Cikgu Sri Rahayu

Peringkat: Darjah 3A

Unit: 6

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:

1. Murid dapat mendengar maklumat tentang permainan gasing dan beyblade dan menyatakan perbezaan dan persamaan kedua-dua permainan tersebut – 1.1.2 (T2)

2. Murid dapat mengemukakan idea dan pandangan tentang sesuatu permainan dengan memberikan contoh – 2.4.1 (T2)

Bahan online: VDT


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru membawa beyblade dan gasing untuk memperkenalkan murid kepada pelajaran hari itu.

2. Guru menyuruh murid-murid mencuba alat-alat permainan tersebut.
· gasing
· beyblade

3. Aktiviti dijalankan di luar bilik darjah.


Aktiviti Utama

1. Setelah pulang ke bilik darjah, murid-murid berbincang tentang persamaan dan perbezaan di antara beyblade dan gasing.

2. Guru mencatatkan dapatan perbincangan tersebut di papan tulis.

3. Kemudian guru menayangkan video “Ligat Berputar”.

4. Selepas menyaksikan video tersebut, murid-murid melengkapkan buku aktiviti m.s. 72.

Bahan:

1. Buku Aktiviti

2. Video “Ligat Berputar”


Aktiviti Lanjutan

1. Murid-murid mewawancara datuk atau nenek mengenai permainan dahulu.

2. Guru menyediakan senarai soalan yang boleh murid gunakan semasa mewawancara datuk atau nenek.


Penutup

1. Guru menunjukkan lelaman-lelaman menarik yang berkaitan dengan permainan tradisional.

Bahan: http://www.malaysiana.pnm.my

Unit: 2

Oleh Cikgu Monaliza & Cikgu Nurul Atikah

Peringkat: Darjah 3

Unit: 2

Pelajaran: 3

Objektif Pelajaran:

1. mendengar maklumat mengenai system penghadaman dan menyatakan isi-isi penting dan sampingan-1.1.2(T2)

2. Mengkategorikan maklumat utama yang terdapat dalam teks dengan panduan -3.2.2(T2)

Bahan online: Bacaan interaktif ‘Apakah yang berlaku pada makanan kita?’


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru menyoal murid mengenai system penghadaman yang mereka tahu.

2. Murid dikenalkan dengan bahagian-bahagian di dalam badan seperti usus dan sebagainya.


Aktiviti Utama

1. Murid menonton video mengenai proses-proses dalam penghadaman makanan.

2. Dalam kumpulan kecil, murid akan diberi perkataan atau gambar yang menunjukkan satu bahagian dalam tubuh.

3. Murid dikehendaki menyatakan fungsi bahagian tersebut.

4. Semua kumpulan akan membuat persembahan.

5. Setelah mendengar setiap persembahan, secara berkumpulan, murid dikehendaki menyusun semula proses penghadaman mengikut urutan yang betul.

6. Murid membuat persembahan. Guru akan menilai jawapan murid.

7. Murid menonton video sekali lagi sebagai pengukuhan.

8. Mengenal bahagian tubuh.


Aktiviti Lanjutan

1. Murid diberi lembaran kerja yang menghendaki mereka menamakan bahagian-bahagian, memadankan fungsi dengan gambar dan menyusun proses penghadaman.

2. ML/SEED


Penutup

1. Murid merampai latihan di buku latihan atau aktiviti.

2. Guru muat turun perisian untuk dijadikan bahan latihan berdasarkan Kata Kerja atau Kefahaman.

Selasa, 26 Februari 2008

Unit 6: Mengenali Jiran

Pelajaran: Permainan Kita

Objektif Pelajaran:
1. Mendengar maklumat tentang permainan gasing dan beyblade dan menyatakan perbezaan dan persamaan kedua-dua permainan tersebut – 1.1.2 (T2)
2. Mengemukakan idea dan pandangan tentang sesuatu perkara dengan memberikan contoh – 2.4.1 (T2)

Bahan online: VDT


Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru menjana fikiran murid dengan bertanya apakah permainan kegemaran mereka (permainan lama/baharu)
2. Murid berkongsi bersama rakan sedarjah pengalaman masing-masing cara permainan tersebut dimainkan


Langkah: Aktiviti Utama
1. Murid menonton video tentang permainan gasing dan ‘beyblade’
2. Murid beberapa orang murid dipilih untuk mengendalikan permainan “Charade” berdasarkan beberapa perkataan yang guru berikan.
3. Guru menerangkan makna perkataan-perkataan tersebut di papan putih (berputar, melempar, gelanggang, permainan, tali pelancar)
4. Murid membina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut
5. Murid secara berkumpulan membincangkan persamaan dan perbezaan di antara permainan gasing dan ‘beyblade’
6. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka
7. Murid menyatakan permainan yang lebih diminati
8. Murid memberikan contoh permainan baharu yang ada persamaan dengan permainan lama.

Bahan: VDT– ‘Ligat Berputar’


Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Murid melengkapkan penyusun grafik tentang persamaan dan perbezaan permainan gasing dan beyblade di dalam Buku Aktiviti
2. Murid membawa ke sekolah permainan kegemaran (lama/baharu) mereka dan berkongsi cara permainan tersebut dimainkan.

Bahan: Buku Aktiviti


Langkah: Penutup
1. Guru merumuskan pelajaran secara keseluruhan.
2. Murid menyenaraikan- perbezaan antara permainan lama dan baharu.

Unit 5: Dari Mana Asalnya?

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:
1. Menjawab soalan-soalan berdasarkan teks perbualan ‘Membuat Burger’
2. Menyampaikan maklumat tentang asal sesuatu barang dengan menggunakan pelbagai ayat.

Bahan online: ADT - ‘Membuat Burger’


Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
1. Menunjukkan murid-murid Burger Ramly dan lain-lain jenis burger yang dijual di restoran makanan segera. (maujud/gambar)
2. Guru akan menanyakan kepada murid-murid tentang burger kegemaran mereka.
3. Beberapa orang murid akan dipilih untuk berkongsi.


Langkah: Aktiviti Utama
1. Murid-murid akan melungsuri lelaman MDT dan mendengar teks perbualan ‘Membuat Burger’.
2. Guru akan menghentikan audio untuk menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan teks.
3. Murid-murid boleh berbincang bersama rakan sebelum menjawab soalan.


Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Secara berkumpulan, murid-murid menyiapkan poster ‘Resipi Burger yang Berkhasiat’ dan membina tiga ayat untuk mempromosikan burger rekaan mereka.
2. Guru akan menyemak ayat-ayat yang dibina bersama murid-murid.
3. Poster-poster yang dihasilkan akan dipamerkan ala-ala ‘Gallery Walk’ dan murid-murid akan mengundi poster yang terbaik (Rubrik kriteria-kriteria akan disediakan oleh guru).


Langkah: Penutup
1. Setiap kumpulan akan tampil ke hadapan kelas untuk membentangkan poster yang telah mereka hasilkan.
2. Guru memberikan maklum balas dan murid-murid yang lain memberikan pendapat tentang persembahan rakan-rakan mereka.
3. Kumpulan yang terbaik akan diberikan ganjaran.


Oleh: Cikgu Shamira Jamaludin (Sekolah Rendah Fuhua) & Cikgu Norlin Mansor (Sekolah Rendah Woodgrove)

Unit 5

Peringkat: Darjah 3

Unit: 5

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:

1. menjawab soalan berdasarkan teks perbualan ‘Membuat Burger’ – 1.1.1 (T2)
2. menyampaikan maklumat tentang asal sesuatu barang dengan menggunakan pelbagai ayat – 2.3.1 (T2)
3. menyenaraikan perkataan yang mempunyai makna yang sama

Bahan online: ADT – Mendengar Perbualan ‘Membuat Burger’


Langkah: Pra-aktiviti/Induksi

1. Secara umum, guru bertanyakan teka-teki berikut kepada murid :

Badan saya bulat. Isi saya padat.
Saya juga berzat. Rasa saya emm…sangat lazat. Siapakah Saya? ”

2. Guru tunjukkan jawapan sama ada dalam bentuk gambar atau maujud.


Langkah: Aktiviti Utama

1. Memperdengarkan perbualan ‘Membuat Burger’ kepada murid
2. Menjawab soalan kefahaman mendengar dalam bentuk lembaran kerja secara individu

Bahan: Lembaran kerja berbentuk MCQ dan juga isi tempat kosong.


Langkah: Aktiviti Lanjutan

1. Secara berkumpulan, murid diminta mencantumkan perkataan yang mempunyai makna yang sama daripada Keratan kad perkataan yang diberikan (T1).
2. Secara berkumpulan, murid diminta menyenaraikan perkataan yang mempunyai makna yang sama daripada petikan teks ( T2 )
3. Secara berkumpulan, murid diminta mencari perkataan-perkataan lain dengan makna seerti / seirasnya (T3)
4. Guru mencetak petikan kefahaman mendengar daripada bahan panduan guru sebagai rujukan buat murid

Catatan: Projek Kumpulan


Langkah: Penutup
1. Murid bentangkan hasil kumpulan kepada kelas
2. Murid disuruh buat poster / iklan tentang burger sebagai projek berkumpulan

Catatan: MI

Isnin, 25 Februari 2008

Unit 3: Bekerjasama

Peringkat: Darjah 3

Unit: 3

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran

1. menjelaskan kebaikan sikap saling membantu sesama anggota keluarga dengan menggunakan bahasa yang betul. – 2.4.2 (T2)
2. menulis dialog mudah berdasarkan konteks mengenai sikap bekerjasama dalam keluarga berdasarkan rangsangan – 4.3.2(T2)

Bahan online: VDT & BDDT


Langkah: Praaktiviti/Induksi

1. Guru memberi borang ‘Bekerjasama’. Murid bincang dengan kumpulan mengenai konsep bekerjasama.
2. Murid mengisi borang secara kumpulan dan berkongsi hasil kerja.
3. Galakkan murid berikan contoh-contoh bekerjasama. Guru menulis kosa kata yang digunakan oleh murid yang berkaitan dengan ‘bekerjasama’


Bahan: Borang ‘Bekerjasama’


Langkah: Aktiviti Utama

1. Murid merujuk BT Mekar halaman 34.
2. Guru berbincang bersama murid mengenai gambar itu. Murid memberi pandangan dan membuat tafsiran.
3. Guru memainkan MDT .
4. Menjawab soalan dalam BT berkenaan jalan cerita dan nilai bekerjasama.
5. Guru menunjukkan skrip video. Guru terangkan cara-cara menulis dialog.

Bahan:

1. VDT ‘Marilah Bantu Sama’
2. Lampiran 1 – Skrip Video ‘Marilah Bantu Sama’


Langkah: Aktiviti Lanjutan

1. Guru mencetak gambar-gambar daripada BDT bertemakan bekerjasama.
2. Setiap kumpulan diberi gambar yang berbeza yang menunjukkan situasi bekerjasama.
3. Guru memberi murid templat untuk menulis skrip. Secara kumpulan, murid-murid menggunakan templat untuk membina dialog yang berkaitan dengan gambar yang diberi.
4. Murid-murid kemudian main peran.

** Dialog harus dihantar kepada guru. Guru memastikan penggunaan bahasa dalam skrip itu sesuai dan gramatis.


Langkah: Aktiviti Lanjutan

1. Guru membawa murid-murid ke makmal komputer. Murid-murid merakam suara lakonan mereka.
2. Murid memuat turunkan gambar yang diberikan guru dan meletakkan ke slaid powerpoint.
3. Guru berkongsi slaid powerpint tadi dengan lataran lakonan murid.


Langkah: Penutup

1. Guru membuat menekankan kpd murid mengenai nilai-nilai murni.
2. Membuat rumusan mengenai cara-cara menulis dialog.